KUCHING – Badan Kebajikan Islam (BKI) Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Umum Sarawak (HUS) sempena Ramadan.
Dalam satu kenyataan di sini, Batalion 11 memaklumkan Ajutan Batalion ASP Rafhan Kepli mengetuai rombongan BKI bersama-sama pegawai kanan dan pegawai rendah polis hadir pada program yang pertama kali diadakan itu.
Turut serta wakil Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Cawangan Integriti dan Pematuhan Standard Batalion 11 PGA.
Selain mengagihkan sumbangan kepada pesakit di wad perubatan HUS, rombongan turut menyampaikan sumbangan kepada petugas-petugas yang bekerja di wad berkenaan. – BERNAMA