Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pembersihan Sisa Banjir Selesai

SHAH ALAM : Operasi pembersihan pasca banjir dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT)...

Xiomi Buka Kedai Di...

MOSCOW - Gergasi gajet pintar terbesar China, Xiaomi mula melebarkan sayap ke pasaran...

Mangsa Banjir Di Kelantan,...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang bertambah buruk dengan...

Penganggur Dipenjara Tiga Bulan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri dua unit meter air, seorang penganggur dipenjara tiga...

Pihak Berkuasa Selatan Thai Rampas Pil Kuda & Ganja

NARATHIWAT – Pihak berkuasa selatan Thailand menahan dua lelaki serta merampas sejumlah 402,000 Pil Kuda dan 960kg ganja yang disyaki hendak diseludup ke Malaysia.

Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan Mej Gen Pattanawut Angkanawin berkata, suspek pertama ditahan dua hari lepas susulan penemuan 402,000 pil kuda dalam sebuah lori di pusat pemeriksaan di Takbai pada 11.30 malam waktu tempatan.

“Suspek menjelaskan pil kuda itu milik suspek kedua dan sepatutnya dibawa ke Sungai Golok. Polis menganggarkan pil kuda itu bernilai 20 juta Baht (kira-kira RM2.5 juta),” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Gabenor Narathiwat Sittichai Sakda hari ini.

Suspek pertama berusia 32 tahun mengaku beliau diupah 25,000 Baht (kira-kira RM3,125) untuk menghantar dadah itu ke Sungai Golok, katanya dan menambah siasatan polis menunjukkan pil kuda itu dimiliki suspek kedua berusia 65 tahun yang ditahan semalam di Surat Thani.


Pattanawut berkata polis turut menemukan 960kg ganja selepas mengeledah rumah suspek kedua yang terletak di Sakhon Nakhon.

Menurutnya, kedua-dua suspek merupakan anggota rangkaian pengedaran dadah seorang pengedar dadah terkenal di selatan Thailand dan percaya kesemua dadah yang dirampas itu akan diseludup ke Malaysia. – BERNAMA

Kategori