Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Sekali Sudah Jadi Diktator,...

TERJERAT... Pakatan Harapan (PH) disifatkan sudah terperangkap dengan kelicikan lakonan mantap bekas negarawan,...

Vida: Cekal Bangkit Setelah...

UMUM mungkin telah mengenali siapa Datuk Seri Dr. Vida, pengasas produk kecantikan Vida...

Anak Jilake Bawa Mayat...

Plymouth, Amerika Syarikat - Seorang lelaki tergamak membawa mayat ibunya ke bank semata-mata...

Dato Terlajak Laris Bengang...

KESIAN dengan pengasas D'Herbs yang popular dengan trademark Terlajak Laris apabila tak semena-mena...

Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Dibatalkan – SPR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut di Sarawak.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata keputusan itu adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada Sabtu lepas yang mengekalkan kelayakan Dr. Ting Tiong Choon sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

“Notis Pemakluman mengenai pembatalan PRK N.74 Pujut akan dipamerkan oleh pegawai pengurus pilihan raya di Dewan Suarah Miri dan Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat khas SPR hari ini mengenai status proses PRK DUN Pujut susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching membatalkan keputusan DUN Sarawak yang melucutkan keanggotaan Dr. Ting sebagai ADUN Pujut.

“Mesyuarat khas hari ini memutuskan bahawa proses PRK tersebut dan tarikh-tarikh yang ditetapkan sebelum ini adalah terbatal sejajar dengan keputusan mahkamah itu,” kata Hashim.

SPR sebelum ini menetapkan 20 Jun sebagai tarikh penamaan calon dan 4 Julai sebagai hari mengundi bagi kerusi itu.


Pada 12 Mei lepas, Dr. Ting dilucutkan kelayakan sebagai ADUN Pujut kerana beliau didakwa pernah memegang dua kewarganegaraan (Malaysia dan Australia) selepas usul itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh dan diluluskan dengan undi 70-10.

Pelucutan keanggotaan Dr. Ting menyebabkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Pujut.

Pada 7 Jun lepas, Dr. Ting memfailkan saman pemula bagi mencabar keputusan DUN itu. – BERNAMA

Kategori