Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Siti Nordiana Mohon Maaf...

PENYANYI dan pelakon Nana atau Siti Nordiana telah berangkat ke kota suci Makkah...

KPM Laksana Pemutihan Tanah...

KAJANG : Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan proses pemutihan ke atas pemilikan tanah...

Bagaimana Rafizi Bermain Persepsi...

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sedang menggerakan propaganda politik baru PKR Ayuh...

Tawaran Menarik Pullman Putrajaya...

PUTRAJAYA - Sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60 negara bulan depan,  Pullman Putrajaya Lakeside menawarkan promosi menarik pada kadar RM60 merangkumi...

Piranha Mengganas Di Resort Terkemuka Brazil

BRASILIA – Sekurang-kurangnya enam pengunjung sebuah resort terkemuka di Brazil cedera akibat diserang sekumpulan ikan pemakan daging iaitu piranha bulan ini.

Jumlah itu menambah bilangan mangsa kepada kira-kira 40 orang sejak awal tahun ini.

Susulan itu aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa termpatan supaya amaran dikeluarkan untuk memastikan pengunjung di pusat peranginan itu selamat.

Minggu lalu, seorang wanita digigit ikan itu ketika berenang di Praia de Cristo menyebabkan tumit kakinya cedera.

Wanita berusia 22 tahun itu dikejarkan ke hospital selepa trauma melihat kakinya yang berdarah.

Berdasarkan kajian, ikan piranha boleh mengesan darah pada jarak maksimum kira-kira tiga kilometer.

Resort di muara sungai Tocantins telah meletakkan set skrin di kawasan dengan kedalaman tinggi sebagai amaran kepada pengunjung di situ.


Bagaimanapun menurut penduduk setempat, ikan yang memiliki rahang yang kukuh itu telah memakannya.

Sementara itu, pencinta alam sekitar mendakwa tindakan memusnahkan sebahagian besar kawasan semula jadi di sepanjang sungai itu menyebabkan hidupan laut itu bertindak ganas.

Selain itu, kitaran makanan yang tidak seimbang kerana penangkapan ikan melibatkan spesis lain menyebabkan ia kekurangan makanan. – mStar Online

Kategori