Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

‘Permaisuri Zarith Sofiah Opera...

JOHOR BAHRU - Diinspirasikan daripada bentuk berlian mahkota permaisuri, "Permaisuri Zarith Sofiah Opera...

Muhyiddin Yassin Pemimpin Berpengalaman...

JOHOR BAHRU - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri...

Berbulan Duduk Kerusi Sama,...

KESIAN…seorang wanita warga emas dengan berat 249 kg ditemui tersekat di atas sofa...

PKNS Komited Tingkat Kesedaran Jalan Raya Selamat

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited dalam usaha menyemai kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan warga kerjanya terutama pada musim perayaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Noraida Mohd Yusof berkata isu keselamatan jalan raya harus dipandang serius lebih-lebih lagi ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

“Saya mohon kepada semua kakitangan PKNS untuk mempraktikkan langkah keselamatan ketika di jalan raya dan berharap ia dapat dikongsi bersama anggota keluarga dan rakan-rakan,” katanya ketika merasmikan Kempen Keselamatan jalan Raya PKNS 2017, di sini hari ini.

Kempen berkenaan merupakan inisiatif berterusan PKNS untuk menyemai kesedaran melalui perkongsian berkaitan langkah-langkah pencegahan kemalangan jalan raya menerusi ceramah khas keselamatan yang disampaikan oleh anggota panel daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya.


Sebanyak enam kes kemalangan jalan raya termasuk satu kemalangan maut direkodkan melibatkan kakitangan PKNS pada tahun lepas, manakala sehingga Jun tahun ini hanya satu kemalangan motosikal direkodkan.

Bagi kakitangan yang cedera semua perbelanjaan rawatan mereka ditanggung oleh PKNS manakala bagi seorang kakitangan yang maut pada tahun lepas, PKNS telah menyerahkan wang caruman insurans pekerja kepada waris mangsa. – BERNAMA

Kategori