Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ferrari ‘Berkecai’ Langgar Tiang...

KUCHING - Seorang anak lelaki ahli perniagaan hartanah terselamat apabila kereta Ferrari miliknya...

Ini Masanya Nak Cuba...

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke   ...

TPM Sahkan Tangkapan 2...

LAHAD DATU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Malaysia, Kanada Kukuh Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Kanada bersetuju untuk terus memperkukuh dan menyelaras industri...

PM Saksi MoU 4 Bank, PR1MA RM5 Bilion Modal Kerja

PUTRAJAYA – Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hari ini menandatangani perjanjian dengan empat bank untuk meraih dana RM5 bilion menerusi kombinasi program Sukuk dan kemudahan kredit pusingan.

Perolehan daripda program itu akan dijadikan kemudahan tunai jangka serdehana bagi menampung komitmen 89 projek PR1MA.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Maybank Investment Bank Bhd dilantik sebagai bank penyelaras , ejen fasiliti dan juga salah satu Pengatur Utama Bersama / Pengurus Utama Bersama bagi rancangan program menjana modal tersebut.

Turut terlibat sebagai Pengatur Utama Bersama/ Pengurus Utama Bersama ialah AmInvestment Bank, CIMB Investment Bank dan RHB Investment Bank.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Datuk Sulaiman Mohd Tahir dan Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking, Datuk Khairussaleh Ramli.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias.

Abdul Mutalib berkata perolehan program itu akan digunakan sebagai modal kerja untuk 89 projek PR1MA yang merangkumi 89,499 unit rumah yang sedang berjalan di seluruh negara, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM23 bilion.

Beliau berkata keputusan untuk meraih dana dari sumber luaran adalah untuk memastikan program kediaman PR1MA kekal mampan.

“MAndat untuk membina 500,000 rumah untuk kumpulan berpendapatan sederhana bukan tugas yang mudah, dan memerlukan modal kerja untuk menjayakannya.


“Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada geran kerajaan. Untuk program ini bekekalan, kita pelu mengenal pasti opsyen untuk mengumpul modal dari luar untuk melaksanakan lebih banyak projek di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian itu.

Sehingga kini, katanya kerajaan memperuntukkan RM3.9 bilion geran dan diagihkan sejak pelaksanaan program PR1MA pada 2013.

Abdul Mutalib berkata projek-projek PR1MA berjalan lancar mengikut jadual dan setakat ini, sebanyak 8,475 unit kediaman telah disiapkan.

“Kami yakin sasaran 17,000 unit rumah hingga akhir tahun ini boleh dicapai,” katanya.

Abdul Mutalib berkata sehingga ini, Ahli Perbadanan PR1MA meluluskan pembangunan 267,902 unit kediaman PR1MA di seluruh negara dan daripada jumlah itu 139,393 unit sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan.

“Setakat ini, 9,791 unit kediaman PR1MA telah dijual di seluruh negara, melibatkan nilai jualan sebanyak RM2.36 bilion,” katanya.

Lebih 1.42 juta rakyat Malaysia mendaftar dengan PR1MA di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 166,972 orang memohon kediaman PR1MA.

Perbadanan PR1MA ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk melaksanakan program yang menyeluruh dan meluas untuk membina rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar di negara ini. – BERNAMA

Kategori