Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tubuh Pasukan Siasatan...

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan...

Caci Pembuat Kertas Soalan...

Hulu Selangor : Polis menahan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan video tular...

Mahkamah Jalan Prosiding Tanpa...

KUALA LUMPUR – Sebuah mahkamah di Ampang didakwa bertindak meneruskan perbicaraan kes seorang...

Joe Flizzow Perjelaskan Isu...

INGATKAH lagi anda dengan artikel 'Motif Perkataan K*T* Pada Baju Rakan-Rakan Joe Flizzow?'...

Pokok Jati Mula Ditebang Untuk Keselamatan

KANGAR – Kerja-kerja menebang lebih 10,000 pokok jati di tepi jalan raya seluruh Perlis mula dilakukan sejak minggu lepas atas faktor keselamatan pemandu kenderaan di negeri ini.

Exco Sumber Asli dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Mat Rawi Kassim berkata kerajaan berasa lega apabila tugas menebang pokok berkenaan sudah dilakukan kerana telah tertangguh sejak dua tahun lepas.

“Kerajaan memandang serius kerisauan masyarakat yang banyak membuat aduan kerana pokok itu tidak sesuai ditanam di kawasan jalan raya yang merbahaya kepada orang ramai.

Kita bimbang apabila terdapat kes kemalangan dan kecederaan kerap berlaku berpunca kerana kenderaan merempuh pokok yang tumbang merentangi jalan raya,” katanya kepada Bernama.

Mat Rawi berkata kerja-kerja penebangan tersebut pada peringkat pertama ketika ini iaitu melibatkan sebanyak 2,700 pokok di Jalan Santan dan Jalan Guar Jentik, di sini.


“Seterusnya, pokok berkenaan akan ditebang secara berperingkat hingga keseluruhan pokok jati yang ditanam lebih 10 tahun itu habis ditebang,” katanya.

Menurutnya, kerja-kerja penebangan pokok-pokok berkenaan dilakukan oleh sebuah syarikat yang berpengalaman dari Kedah, setelah dua syarikat yang dipilih sebelum ini gagal melaksanakannya atas faktor kewangan. – BERNAMA

Kategori