Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Siasat Dokumen NGO...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan beberapa dokumen daripada...

Disekat Saudi, Qatar Terbang...

DOHA - Seorang ahli perniagaan tempatan mahu menerbangkan lebih 4,000 ekor lembu tenusu...

Undang-Undang Di Malaysia Zalim,...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menuduh undang-undang di Malaysia zalim...

Penyanyi Ditahan Kerana Dituduh...

PENYANYI, Natalia Dzenkiv tidak menyangka rupanya yang kelihatan awet muda itu telah memberikan...

Polis Kenal Pasti 10 Lokasi Panas Kes Curi Motosikal

KUALA NERUS – Polis Terengganu akan meningkatkan operasi mencegah jenayah di 10 lokasi panas sekitar Terengganu berikutan peningkatan kes pecah rumah dan curi motosikal sepanjang Ramadan ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata penjenayah mengambil kesempatan melakukan jenayah tersebut ketika umat Islam menunaikan solat sunat tarawih di masjid.

Bagi daerah Kuala Terengganu, tiga lokasi diberi tumpuan iaitu di kawasan Gong Badak, Chabang Tiga dan bandar Kuala Terengganu.

“Daerah Kemaman, (bandar Chukai), daerah Dungun, (bandar Dungun), daerah Besut, (Jerteh dan Kampung Raja), daerah Marang (bandar Marang), Hulu Terengganu, (Ajil) dan daerah Setiu (Permaisuri).

“Walaupun dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kadar jenayah menunjukkan penurunan sebanyak 1.04 peratus namun fokus terus diberikan kepada dua kes tersebut yang menjadi penyumbang kepada kenaikan kadar jenayah di negeri ini,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Program Jom Ronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perpaduan Negera dan Integrasi Nasional (Jpnin), di sini awal pagi tadi.

Aidi berkata program berkenaan dilakukan serentak di seluruh daerah di Terengganu.

Pada program itu juga turut diedarkan borang kepada orang ramai yang pulang ke kampung sepanjang cuti perayaan ini. – BERNAMA

Kategori