Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Proses Penamaan Calon PRK...

SUNGAI BESAR - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar...

Berusia 20 Tahun.. Ini...

ADELAIDE - Dua lelaki, Casey Dean, 34, dan Eduard Nitz,33 mendakwa memiliki burger paling...

2 Lelaki Mati Ditembak...

RAWANG - Dua lelaki mati ditembak pasukan polis dalam kejadian tembak-menembak di Jalan...

MB: Wan Azizah Bakal...

HARI ini ada cakap-cakap dari sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa nama...

Polis Nafi Kes Culik Kanak-Kanak Lelaki Di Batu Tiga

SHAH ALAM – Polis menafikan wujud kes culik membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Batu Tiga di sini, yang menjadi tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kita sahkan sehingga kini belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis daripada mana-mana mangsa berhubung kejadian itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau, bagaimanapun berkata polis akan mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya ke atas maklumat yang telah disebarkan tersebut.

Shafien turut menasihati orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-5520 2022.


“Kita juga berharap orang ramai menghentikan penyebaran berita tular itu, sebaliknya memeriksa kesahihan sesuatu maklumat dengan pihak polis terlebih dahulu,” katanya.

Semalam, tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp bahawa seorang budak lelaki diculik dengan cara ditarik masuk ke dalam sebuah van putih di hadapan rumahnya. – BERNAMA

Kategori