Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Boateng Kekal Jurulatih Kelantan...

KOTA BAHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih mengekalkan George Boateng sebagai...

Polis Akan Rujuk Keterangan...

KUALA LUMPUR - Polis akan merujuk keterangan bapa Altantuya Shaariibuu, Dr. Shaariibuu Setev...

“Saya Tidak Akan Membelakangi...

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk...

Keputusan Pindaan Cermin Gelap...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira segala pertimbangan dan faktor-faktor sebelum membenarkan...

Polis P.Pinang Rampas Mesin Judi Jutaan Ringgit

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang merampas sebanyak 1,234 mesin simulator dan komputer riba bernilai jutaan ringgit yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian di negeri ini sejak Januari lepas hingga semalam.

Ketua Polis negeri Datuk Chuah Ghee Lye berkata dalam tempoh itu sebanyak 173 serbuan dilakukan dengan 247 ditahan dan jumlah itu meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 703 mesin dirampas dengan 140 serbuan dan 234 tangkapan.

“Peningkatan itu disebabkan oleh aktiviti pemantauan dan serbuan berterusan yang dilakukan oleh polis dalam usaha memastikan tiada aktiviti perjudian di Pulau Pinang.

Ini bermakna usaha polis dalam memerangi kegiatan perjudian ini berganda dan memberikan impak positif dan tindakan penguatkuasaan yang lebih agresif,” katanya di sini hari ini.

Katanya selain daripada tindakan menurut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 ke atas mereka yang ditahan, polis turut menggunakan undang-undang pencegahan iaitu Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) dan seramai lapan orang telah dikenakan tindakan di bawah Poca.

Sementara itu, Chuah berkata pihaknya akan terus memerangi aktiviti mesin judi haram terutama yang berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga dalam usaha membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa.


Katanya polis menjalankan operasi membanteras kegiatan judi termasuk mesin judi haram dan perjudian berkomputer setiap hari dan bukan hanya pada hujung minggu.

“Saya telah beri arahan untuk banteras kegiatan judi haram dan kami akan peranginya habis-habisan. Kami juga ada pasukan khas untuk membuat serbuan,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti perjudian di negeri ini supaya menyalurkan kepada polis bagi memastikan kegiatan itu dapat dibanteras.

“Setiap pihak bertanggungjawab termasuk pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan masing-masing, mereka yang mengeluarkan lesen dan beri kelulusan pun kena terlibat bagi banteras kegiatan itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori