TANGKAK – Polis menahan sepasang kekasih dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagaiĀ jenis dadah bernilai RM157,800 dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Mati, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt. Mohad Idris Samsuri berkata lelaki tempatan berumur 30 tahun dan wanita rakyat Vietnam berumur 26 tahun itu ditahan pada 8 pagi selepas polis bertindak atas maklumat orang awam.
“Antara dadah yang dirampas adalah heroin yang dianggar seberat 4.4 kilogram, pil Eramin 5 (270 biji), syabu (103.2 gram), pil ecstacy (385 biji) dan ketaminĀ (6.65 gram),” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mohad Idris berkata ujianĀ air kencingĀ yang dilakukan mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis Methamphetamine.
Beliau berkata siasatan mendapati dadah yang dirampasĀ ituĀ adalah untuk pasaran tempatan dan kegunaan pusat-pusat hiburan di sekitar Tangkak.
KatanyaĀ selain dadah, pihaknya turut merampas dua kereta, sebuah motosikal, pelbagai jenis plastik serta alat penimbang digital yang dipercayai digunakan untuk kegiatan terbabit.
“Kita percaya pasangan ini terlibat dalam kegiatan di sekitar Tangkak lebih tiga bulan lepas. Lelaki berkenaanĀ mempunyaiĀ tujuh rekod jenayah berkaitan dadah manakala wanita itu pula masuk ke negara ini secara sah pada hujung tahun lepas dan kalau ikutkan, dia akan pulang ke negara asalnya pada 25 Jun ini,” katanya.
Mohad Idris berkata pasangan terbabit kini direman selama enam hari bermula hari ini hingga 27 Jun bagi membantu siasatanĀ mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Ā –Ā BERNAMA