Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Kalau Betul Aniaya Anwar,...

OPTIMIS terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam keputusan penghakiman kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang,...

Video: Gaduh Ala KL...

AMPANG - Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Hospital Ampang,...

Tahniah… Yatt Hamzah Hamil...

BARU sahaja mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang juruvideo pada Februari lalu,...

12 Premis Dikompaun Di...

KUDAT - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunakan (KPDNKK) cawangan Kudat...

Polis Terengganu Pergiat Rondaan Ramadan, Aidilfitri

KUALA NERUS – Polis Terengganu akan mempergiatkan rondaan sehingga tiga kali sehari di setiap daerah sepanjang Ramadan dan cuti Aidilfitri terutama di kawasan berisiko berlaku jenayah.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata langkah itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang ditubuhkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di kawasan masing-masing.

“Kerjasama ini diharap bukan sahaja mampu mengurangkan kadar jenayah tetapi juga mengelak kebergantungan sepenuhnya kepada polis.

“Kita akui pasukan SRS banyak membantu usaha mencegah jenayah terutamanya melibatkan jenayah harta benda seperti curi kenderaan dan pecah rumah,” katanya kepada Bernama hari ini.


​Aidi berkata kerjasama orang ramai juga amat diperlukan sebagai ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa untuk melaporkan sebarang maklumat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori