Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mangsa Bunuh Tidak Pernah...

PORT DICKSON - Pelajar wanita Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang dipercayai dibunuh...

5 Maut 50 Cedera...

SETAKAT ini lima penumpang disahkan maut sementara 50 lagi cedera akibat insiden kereta...

Penerima BSH Harap mySalam...

ALOR SETAR - Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang layak menerima Skim Perlindungan...

Banjir Kilat Di Subang,...

HUJAN lebat yang luar biasa sejak awal pagi Selasa menyebabkan banjir kilat di...

“Pasal Apa Nak Letak Jawatan, Bukan Saya Salah”

KUALA LUMPUR – Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) Holding Bhd., Tan Sri Isa Samad mempersoalkan gesaan yang dibuat oleh Datuk Mohd. Puad Zarkashi kepadanya dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad untuk meletakkan jawatan.

Gesaan tersebut dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO tersebut susulan daripada kemelut yang melanda anak syarikat Felda itu yang dilihat semakin meruncing.

Isa dalam satu sidang media hari ini berkata, mempersoalkan mengapa gesaan itu dibuat ke atasnya sedangkan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Pasal apa nak letak jawatan, bukan saya yang salah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Menara Felda di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyambut baik lantikan Datuk Sri Idris Jala yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Sdn. Bhd. sebagai pihak berkecuali untuk meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian.

“Ia adalah sesuatu yang baik, ia tindakan yang baik,” katanya.


Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam mengumumkan Idris sebagai pihak berkecuali untuk meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan penggantungan CEO, CFO dan dua yang lain itu.

Pihak-pihak relevan telah bersetuju dengan pelantikan Idris iaitu Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Zakaria dan Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha.

Kelmarin, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria dan Ahmad Tifli untuk bercuti. Turut diminta berbuat perkara yang sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim. – MYNEWSHUB.CC

Kategori