Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Langkah Berjaga Sebelum Terima...

KUALA LUMPUR - Vaksin COVID-19 selamat digunakan, namun beberapa kumpulan masyarakat perlu mengambil...

RON97, RON95 Naik 1...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol bagi RON97 dan RON95 naik satu sen seliter...

KPTM Kerah Staf &...

KOTA BAHARU - Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Baharu akan mengerahkan kakitangan dan...

Islam Diganggu Gugat Di...

KUANTAN – Pasca PRU14 menyaksikan rakyat negara ini kecewa dengan kerajaan baharu Pakatan...

PPBM Kini Dilanda Gelombang Keluar Parti

BALIK PULAU – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui parti itu kini dilanda gelombang keluar parti oleh anggotanya khususnya di Perak yang tidak puas hati dengan keputusan pucuk pimpinan.

Katanya beliau masih menunggu angka sebenar yang keluar PPBM di Perak.

“Saya sudah tahu siapa di belakang yang cuba mengapi-apikan anggota supaya keluar parti secara beramai-ramai berikutan pelantikan Ketua PPBM Perak,” katanya kepada pemberita selepas majlis bebruka puasa bersama presiden PPBM di sini hari ini.

Dalam laporan bulan lepas, lebih 1,000 anggota PPBM Perak diketuai Ketua Penaja Bahagian PPBM Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja Bahagian PPBM Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa serta merta susulan kegagalan Muhyiddin menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu telah diberikan kepada beliau.


Muhyiddin berkata keputusan untuk melantik ketua parti di negeri-negeri dibuat hasil perbincangan oleh pucuk pimpinan parti. – BERNAMA

Kategori