Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rompak Bersenjata: Bekas Pekerja...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pekerja pusat snuker dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah...

Ketua Pengarah Jasa Terkena...

KUANTAN - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Fuad Hassan dipercayai...

Bekas ADUN Dipilih Sebagai...

TAIPING - Bekas wakil rakyat, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dipilih...

Mayat Tanpa Kepala &...

Ketika sedang berjoging dan bersenam di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang, seorang wanita...

Penganjuran Jerusalem’s Jubilee Satu Provokasi – PAS

KUALA LUMPUR – Penganjuran satu program gereja Jerusalem’s Jubilee dipersoalkan kerana disifatkan mempunyai agenda ‘budaya Yahudi’.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, penganjuran itu merupakan satu provokasi melampau terhadap umat Islam di negara ini.

“Sejarah luka kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin tidak boleh dilupakan, ini sengaja dicetus provokasi melampau umat Islam di negara ini dengan menganjurkan Jerusalem’s Jubilee di Malaysia.

Penganjuran Jerusalem's Jubilee Satu Provokasi - PAS

“Mutakhir ini musuh Islam mula main kasar dan makin berani. Sekarang mereka sasarkan Malaysia. Mereka mahu buat sarang di sini. Ayuh bangkit ummah sebelum terlambat,” tulisnya pada akaun Facebook hari ini.

Perhimpunan tersebut, “Nations of the Golden Gate allignining with Jerusalem’s Jubilee”, diadakan selama empat hari dari 15 hingga 18 Jun di Gereja Calvary Life Assembly (Chinese) di Melaka.

Dalam pada itu, Nasruddin turut menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjuran program itu.


“Budaya Yahudi ini tidak selayaknya dibenarkan bertapak di atas tanahair kita. Kerajaan perlu tegas bertindak.

“Jangan cabar sensitiviti umat Islam. Jangan cemarkan tanah melayu ini dengan aktiviti Kristian Zionis ini,” katanya.

Difahamkan, sambutan Jerusalem’s Jubile merupakan sambutan kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem menerusi peperangan selama 6 hari pada tahun 1967. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=sC5hkMT5CH4

Kategori