Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Parah Diserang...

Telupid - Suami isteri parah apabila diserang dan dipijak sekawanan gajah liar dalam...

Duta Korea Utara Naik...

DUTA Besar Korea Utara, Kang Chol yang diusir balik ke negara asalnya mungkin...

Singapura Lancar Sistem Parkir...

SINGAPURA - Para penunggang basikal di kawasan Woodlands kini mempunyai pilihan selamat dan...

6 Jam Tunggu, Bapa...

SEJAK jam 9 pagi tadi, kira-kira 20 ahli pengamal media menunggu kehadiran bapa...

Prasarana Tingkat Tahap Keselamatan Tren MMMSL

SEPANG – Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mempertingkatkan tahap keselamatan Operasi Perkhidmatan Tren Haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) ekoran insiden serangan pengganas di Makkah pada 24 Jun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz berkata pihaknya sentiasa mempertingkatkan aspek keselamatan setiap kali musim haji dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan tahap keselamatan lebih tinggi.

Beliau berkata pihaknya telah mengambil langkah keselamatan tambahan dengan membuat tapisan ketat terhadap kakitangan termasuk tapisan pihak berkuasa Arab Saudi semasa proses membuat visa untuk rakyat Malaysia.

“Selain itu, MMMSL turut dilengkapi lebih 1,000 kamera litar tertutup bagi memantau pergerakan jemaah haji yang menggunakan tren ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghantaran 49 Kapten Tren Haji MMMSL di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di sini, hari ini.

Sabtu lalu itu, tiga kumpulan pengganas, dua berpangkalan di Makkah satu di Jeddah, menyasarkan untuk menyerang Masjidil Haram.

Dalam pada itu, Azmi berkata, antara cabaran lain yang perlu dilalui oleh kakitangan MMMSL ialah pertambahan jumlah jemaah haji berbanding tahun lalu memandangkan jumlah jemaah haji yang menggunakan tren ialah 300,000 namun dijangka meningkat sehingga 350,000 pengguna tahun ini.

“Selain itu, cuaca panas dijangka mencatat suhu lebih tinggi berbanding tahun lepas dan beliau meminta mereka yang bertugas untuk mempersiapkan diri supaya tidak mengalami dehidrasi,” katanya.


Sehingga kini seramai 50 pemandu tren Malaysia sudah berada di Depoh MMMSL di Arafah sejak Mei lalu untuk menjalani latihan dan menguji 15 set tren 12 gerabak yang akan digunakan dalam operasi yang khusus dijalankan pada musim haji selama tujuh hari mulai 29 Ogos ini.

Menurut beliau, seramai 400 petugas dari Malaysia yang terdiri daripada kakitangan Prasarana, anak syarikat Prasarana, Syarikat Rapid Rail dan polis bantuan akan mengendalikan operasi tersebut bersama lebih 7,000 pekerja Arab Saudi.

Sementara itu, seorang kapten tren Harizan Abdul Hamid, 50, yang berpengalaman selama 20 tahun sedia memperkasakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya agar dapat mengharumkan nama syarikat dan negara.

“Tahun lepas, kita dapat pujian dari Arab Saudi dan negara lain. Tahun ini dengan pengalaman dan tunjuk ajar dari rakan-rakan tren lain, saya sedia berdepan dengan cabaran ini. Keselamatan jemaah adalah keutamaan kami,” katanya.

Kumpulan ini berlepas menaiki MH150 pada 2.45 pm dan dijangka tiba di Jeddah pada 7.10pm (waktu Arab Saudi). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MMMSL

Kategori