Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tempoh 100 Hari Tunai...

BIDAS... Mantan menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan tempoh 100 hari Pakatan...

Thaipusam Jadi Cuti Umum...

SUNGAI PETANI - Sambutan Hari Thaipusam akan dijadikan cuti umum sekiranya Barisan Nasional...

Emosi Terganggu, Jiwa Kacau...

KUALA LUMPUR - Disebabkan terlalu kerap membawakan watak yang bermain dengan emosi, pelakon...

Terima 15 Helikopter Rusia...

SEPANG - Russian Helicopters yang berpangkalan di Moscow berharap dapat menjual sehingga 15...

Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai

PRETORIA – Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, menafikan laporan media tempatan kononnya beliau memiliki sebuah ‘istana’ di Emiriah Arab Bersatu yang dibeli sebuah keluarga berpengaruh di negara teluk kaya-raya itu.

Tuduhan rasuah berkenaan susulan terbongkarnya ribuan dokumen dan e-mel pada minggu lalu, sehari selepas beliau terselamat daripada undi tidak percaya pemimpin tertinggi partinya sendiri.

Ia sekali gus memberikan lebih tekanan terhadap skandal yang membelenggu Zuma.Ā Akhbar Sunday Times Afrika Selatan, melaporkan beberapa sumber mendedahkan keluarga Gupta dikatakan membeli sebuah kediaman mewah.

Hartanah itu berharga 330 juta rand (AS$25 juta) dan terletak di pinggir bandar Dubai untuk kegunaan selepas persaraan.

Namun, akhbar berkenaan tidak menyatakan nama sumber namun difahamkan sumber adalah dalam kalangan mereka yang rapat dengan Zuma termasuk ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kanan Kongres Kebangsaan Afrika.

Keluarga Gupta yang mempunyai kontrak perniagaan dengan syarikat milik Afrika Selatan, menerusi jurucakapnya turut menyangkal semua dakwaan dilemparkan terhadap keluarga ahli perniagaan kaya-raya kelahiran India itu.


“Presiden Zuma tidak memiliki apa-apa harta di luar Afrika Selatan dan beliau juga tidak meminta sesiapa pun untuk membelikan harta di luar negara untuk beliau,” menurut kenyataan pejabat Presiden.

Malah ia menyifatkan laporan Zuma konon memiliki ‘istana’ di Dubai adalah rekaan semata-mata.Ā Jelas kenyatan itu lagi, presiden juga tidak menerima atau melihat sebarang e-mel sebagaimana yang dilaporkan. – BERNAMA

Kategori