Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Negara Bangsa Tak Boleh...

KUALA TERENGGANU – Pembentukan sebuah negara bangsa tidak boleh terbina dengan andaian dan...

Pencapaian Najib Kebanggaan Rakyat...

PEKAN - Pencapaian Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang 40 tahun penglibatannya dalam...

Negara Ini Amat Miskin...

JUBA - Pada 9 Julai ini merupakan hari ulang tahun kemerdekaan yang kelima...

Guru Dibuang Kerja Lepas...

SEORANG guru wanita dari Republik Czech dibuang kerja selepas pelajarnya menjumpai video ujibakat pencarian...

Projek PR1MA Teluk Intan Kini Fasa Reka Bentuk

TELUK INTAN – Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi kawasan Parlimen Teluk Intan kini dalam proses mendapatkan kelulusan reka bentuk, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.

Beliau berkata projek itu yang melibatkan pembinaan 1,000 unit PR1MA akan dibina di atas kawasan seluas 40.46 hektar di Batu 5, Changkat Jong, berhampiran projek kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

“Melihat pada perkembangan projek ini, saya minta khususnya anak-anak tempatan agar mengambil kesempatan mengisi borang (memohon unit PR1MA) dalam laman web Perbadanan PR1MA Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan hak milik dan surat tawaran tanah Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Batu 14, Kampung Ayer Hitam kepada 122 penerima yang terdiri daripada penduduk setempat.


Mengulas lanjut, Mohd Azhar berkata pembinaan fasa pertama PR1MA itu melibatkan 500 unit kediaman dan dijangka menggunakan konsep pasang siap Sistem Binaan Berindustri.

Mengenai majlis hari ini, beliau berkata seramai 77 individu menerima geran tanah manakala 45 lagi mendapat surat tawaran. – BERNAMA

Kategori