Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Al-Quran Tumpuan Umat Islam...

KUALA LUMPUR - Selama sejam hari ini umat Islam di seluruh dunia dalam...

Elak Lakukan Aktiviti Berat...

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti...

Polis Kenal Pasti Identiti...

Petaling Jaya : Polis sudah mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemui mati...

Selama 26 Tahun, Suami...

PERCAYA atau tidak, sepasang suami isteri melakar memori unik tersendiri dengan hanya makan...

Proses Kosongkan Kuil Di USJ 25 Ditangguh Azmin

SHAH ALAM – Proses mengosongkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield di USJ 25, Puchong ditangguhkan sementara menunggu penyelesaian yang lebih baik, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan semua pihak berkepentingan dalam tempoh dua minggu lagi bagi membincangkan penempatan semula kuil berusia 124 tahun itu.

“Memandangkan ini adalah kuil lama dan masyarakat juga menyuarakan kebimbangan mereka, saya telah berbincang dengan pemaju berkenaan serta meminta mereka menangguhkan pengosongan kuil itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, sekumpulan penganut Hindu dan beberapa pemimpin MIC berhimpun di hadapan kuil yang terletak di tepi Lebuhraya Damansara-Puchong itu susulan tularnya laporan menerusi media sosial bahawa kuil tersebut akan dirobohkan.

Mohamed Azmin berkata beliau difahamkan kerja merobohkan kuil itu merupakan inisiatif pemaju hartanah di kawasan itu, One City Development Sdn. Bhd. setelah memperoleh perintah mahkamah yang menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada mereka.


“Saya juga dimaklumkan ada pertikaian berhubung perintah mahkamah ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori