Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Adib Masih Dalam Van...

SHAH ALAM - Muhammad Adib Mohd. Kassim masih berada di dalam van Bantuan...

Calon Wanita BN Bukan...

KLANG – Seramai 85 calon wanita Barisan Nasional (BN) yang ditampilkan pada Pilihan...

Plus, TnG Diarah Perinci...

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi...

Jenazah Shahnon Ahmad Selamat...

BANGI — Jenazah Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad selamat dikebumikan...

Proton: Potensi Masa Depan & Ketepuan Masa Kini

SELEPAS Raya dan sebaik saja menandatangani perjanjian secara rasmi dengan Geely Automobile China, Proton akan menerima baki RM250 juta daripada Kerajaan. Ini melengkapkan nilai pinjaman mudah RM1.5 bilion yang diberikan kerajaan.

Selain itu, Proton juga akan memperolehi geran pembangunan RM1.1 bilion daripada kerajaan.

Jadi, tidak ada isu Proton tidak dibantu. Malah, Proton yang sepenuhnya milik DRB-Hicom antara syarikat swasta yang beruntung kerana masih dilindungi kerajaan dengan pelbagai bantuan.

DRB-Hicom membawa keluar aset bukan aktiviti automobil daripada Proton bernilai RM1.2 bilion dan dicagarkan kepada Kerajaan bagi pinjaman tunai mudah itu.

Sekalipun sentimen politik ditiupkan konon Geely Automobil akan menghilangkan nilai Proton sebagai jenama nasional, namun perjanjian ini menerima respons positif pasaran.

Ini pendapat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustafa Mohammed.

“Banyak yang memahami perlunya Proton mempunyai rakan strategik bagi mengatasi cabaran utamanya, termasuk penurunan jualan dalam negeri, pasaran eksport terhad, kurangnya ekonomi menguntungkan dari segi kos, selain pelaburan dalam R&D dan teknologi.”

Kehadiran Geely turut meluaskan lagi peluang perniagaan vendor Proton bagi menyertai pasaran antarabangsa yang dipacu Geely.

Proton mempunyai kira-kira 240 vendor, dengan hampir 50,000 pekerja dalam rantaian bekalan.

Proton mengalami krisis kewangan yang teruk dengan beberapa model terkini yang dilancarkan syarikat itu gagal di pasaran. Lebih buruk, Proton jenama pelopor kereta nasional jauh ditinggalkan pesaing domestiknya.


Perodua kekal kompetitif. Malah, prestasi pengeluar kereta kebangsaan kedua itu berjaya mencapai jualan domestik 207,110 unit tahun lalu. Sekali gus menguasai 35 peratus pasaran tempatan.

Pengenalan model Bezza menerima respons hebat dan kekal menjadikan Perodua sebagai jenama kompak paling laris.

Proton dijangka memeterai perjanjian rasmi dengan Geely Julai ini. Pasaran menantikan sesuatu terutama hala tuju baharu yang bakal dipacu.

Walaupun pengurusan Proton nampak ghairah mengumumkan pelbagai pelan pembaharuan minggu lalu, namun pasaran tidak mengendahkannya.

Kegagalan pengurusan Proton selama ini menjadikan kenyataan mengenai hala tuju baharu bersama Geely dianggap pramatang.

Pasaran sedang menanti pengumuman Geely sendiri kerana Proton bergantung penuh pada strategi Geely bagi menyelamatkan jenama nasional berusia 33 tahun itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori