Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kayuhan Santai Ke Titik...

KUANTAN - Tourism Pahang buat julung kalinya akan menganjurkan kayuhan santai sejauh 84...

Pecah masuk Rumah &...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara empat bulan selepas mengaku bersalah di...

Hadi Awang Ucap Takziah...

MARANG - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada semua...

Coconut Shake Klebang Yang...

Minuman air kelapa muda sememangnya menjadi lumrah dan cukup popular dijual di mana-mana...

Pulang Raya Naik KTM, Sikap Fasha Sandha Dipuji

MEMANDANGKAN beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut lembaran, warga kota pun nampaknya sudah mula beransur-ansur pulang ke kampung.

Tidak ketinggalan buat pelakon Fasha Sandha yang memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampungnya di Perlis.

Menariknya, bintang jelita ini memilih untuk pulang ke kampung dengan menaiki pengangkutan awam iaitu, Keretapi Tanah Melayu (KTM).

“Gembira sangat anak-anak dapat balik kampung selama tiga minggu. KTM ETS adalah cara yang paling best dan rilex untuk menuju ke Perlis. Terima kasih ETS,” katanya.

Tindakan Fasha itu ternyata menimbulkan rasa kagum peminat terhadap sikap sederhana Fasha yang tidak malu menaiki pengangkutan awam walaupun merupakan selebriti popular.

“Terbaik la. Peminat tak datang serbu ke Fasha? Selalunya kebanyakkan selebriti akan berlagak naik kereta saja,” tulis Blinkblikacik.


“Semoga selamat sampai ke destinasi kak Fasha Sandha. Walaupun bergelar selebriti namun masih tidak malu menggunakan pengangkutan awam. Cayalah,” tulis Shahrulnizarzahir.

Agaknya-agaknya mesti dalam KTM, Fasha kena serbu dengan peminat yang mahu bergambar dengannya kan?

Apa pun, menaiki KTM untuk pulang beraya memang merupakan antara pilihan yang bijak kerana tidak perlu menghadap kesesakan jem lagi-lagi pada musim perayaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori