Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Miliki 9 Rekod...

TAIPING - Seorang lelaki yang mempunyai sembilan rekod jenayah dan narkotik maut akibat...

Pengurangan Belanja Pembangunan Jejas...

KUALA LUMPUR - Pengurangan perbelanjaan pembangunan 2021 akan memberi implikasi terhadap projek sedia...

Stesen Kereta Api Tanjong...

SINGAPURA – Setelah terbiar ditutup kepada orang awam lebih tiga tahun lalu, bekas...

Jenazah Shahnon Ahmad Selamat...

BANGI — Jenazah Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad selamat dikebumikan...

Purata 5 Banduan Mati Sebulan Di Penjara Rio

RIO DE JANEIRO – Penjara di Rio de Janeiro, Brazil mencatatkan sejumlah 442 kematian banduan antara 2010 dan 2016 iaitu purata lima kematian sebulan, menurut kajian Institut Igarape.

Daripada jumlah itu, 278 kematian akibat penyakit, 17 disebabkan sesak nafas dan 117 lagi kematian mengejut.

Sebanyak 13 banduan lagi mati akibat keganasan, 12 membunuh diri dan lima yang lain disebabkan pelbagai faktor.

Penjara Rio de Janeiro kini menempatkan sejumlah 51,000 banduan.

Menurut penyelidik institut, Ana Pellegrino, daripada 51,000 banduan di penjara Rio de Janeiro, seramai 38,368 mempunyai pendidikan asas dan 5,107 tidak mempunyai latar belakang pendidikan.

Sekurang-kurangnya 10,253 banduan dipenjarakan kerana jenayah merompak manakala 8,724 kesalahan mengedar dadah.


Seramai 20,985 banduan merupakan anggota kumpulan jenayah terbesar di Brazil iaitu Comando Vermelho.

Menurut Suruhanjaya Keadilan Negara, pada April Brazil mencatatkan seramai 675,900 banduan dan menduduki tangga keempat di dunia selepas Amerika Syarikat, China dan Rusia.

Sebahagian besar penjara di Brazil mempunyai masalah kawalan keselamatan yang lemah, sesak dan kemudahan infrastruktur tidak sempurna.

BERNAMA-NNN-EFE

Kategori