Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Seludup Air...

BANGKOK - Seorang lelaki Thailand ditangkap pada Khamis lalu di pusat pemeriksaan sempadan...

Harimau Belang Mati Dirempuh...

KEMAMAN - Seekor harimau belang dewasa mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna...

Mahathir Luah Kesunyian, Ramai...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesunyian selepas...

Pemungut Barangan Lusuh Didakwa...

IPOH - Seorang pemungut barangan lusuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Pusat Aktiviti Warga Emas Tawar Pelbagai Kemudahan

ARAU – Warga emas diminta memanfaatkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti rekreasi, alatan senaman, kerusi urut, program dan pengajian keagamaan, terapi dan pemulihan.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis Mohammad Hazam Ismail berharap anggaran lebih 10,000 warga emas di negeri menjadi anggota PAWE Perlis yang kini hanya mempunyai 160 anggota.

“Mungkin masih ramai tidak menyedari faedah apabila menyertai PAWE, ini adalah sesuatu yang amat diperlukan golongan warga emas terutama yang tinggal bersendirian dalam usaha merangsang kesihatan, gaya hidup aktif, produktif dan bahagia.

“Di pusat ini mereka mampu berdikari, bersosial dengan ahli komuniti setempat selain memperoleh pengetahuan dan kemahiran khusus untuk dipelajari,” katanya kepada pemberita selepas perasmian #PAWE Bertadarus peringkat negeri di sini hari ini.

Perasmian tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.


Mohammad Hazam berkata PAWE Perlis, yang berpusat di Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jejawi di sini, menawarkan pelbagai kemudahan secara percuma.

Beliau memberikan contoh program tadarus yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan ini turut disertai penduduk sekitar qariah masjid berhampiran.

Sementara itu Shahidan berharap semua wakil rakyat dan kepimpinan tertinggi kerajaan menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan mempererat silaturahim dan mengumpul pahala.

“Kalau ada kes kebajikan bagitau secepat mungkin kerana bantuan akan diberikan serta merta. Tiada had dan tidak perlu borang untuk diisi,” katanya. – BERNAMA

Kategori