Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Lelaki Terlibat...

ALOR GAJAH - Polis Melaka menahan seorang penarik kabel kerana dipercayai terlibat dalam...

YKN Gerakkan Misi Pasca...

TASEK GELUGOR - Enam penghuni Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar di sini...

Suarez Buat Penampilan Sulung...

MADRID - Selepas 122 hari, Luis Suarez akan 'bebas' semula untuk beraksi dalam...

PRN Johor: MUDA Hanya...

SEGAMAT: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyatakan pendirian tidak akan bertanding dikerusi yang...

Putera Harry Tiba Di Australia Menjelang Sukan Invictus

SYDNEY – Walaupun dalam keadaan cuaca hujan dan berangin, ia tidak menghalang orang ramai bersesak-sesak untuk melihat dari dekat kelibat kerabat diraja British Putera Harry yang tiba di pusat pelancongan popular Circular Quay pada Rabu menjelang penganjuran temasya Sukan Invictus.

Putera diraja itu tiba di Australia pada Selasa untuk memulakan acara pengiraan detik pelancaran sukan berkenaan yang dijadual berlangsung Oktober tahun depan.

Sukan Invictus mengumpulkan atlet dalam kalangan anggota tentera dari seluruh dunia yang mengalami kecacatan akibat cedera semasa menjalankan tugas.

Pada majlis pelancaran di Admiralty House di Kirribilli, putera bongsu kepada pasangan Prince Charles dan Princess Diana itu turut berkongsi pengalaman sendiri mengenai peperangan dan bagaimana ia mendorongnya mengadakan acara sukan berkenaan.

“Pada Februari 2008, saya terpaksa meninggalkan Afghanistan dan saya pernah berkhidmat sebagai pegawai dalam tentera British sehinggalah pihak media mengetahui penglibatan saya.


“Menerusi sukan ia membawa perubahan dan akan membuatkan mereka bersemangat untuk membina semula kehidupan,” katanya.

Putera Harry kemudian menghadiri majlis di Cove Campbell yang turut dihadiri Perdana Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian di samping menjalankan aktiviti belayar di Sydney Harbor. – BERNAMA

Kategori