Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dua ADUN DAP, Bekas...

KOTA KINABALU : Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang bekas senator...

Kubur Di Sempadan: Penduduk...

LANJUTAN dari penemuan 139 kubur dan 28 kem pelarian di kawasan sempadan Malaysia-Thailand...

Dua Kertas Siasatan Kes...

KUALA LUMPUR - Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kes seorang pegawai polis...

Batu Nisan Ditemukan Di...

KULIM: Jemaah yang mahu menunaikan solat Subuh terkejut apabila menemukan batu nisan di...

Puteri Sarah Tutup Butik Di Bangsar

SEJAK mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah Liyana boleh dikatakan sudah tidak aktif dalam industri seni dan hanya tumpu perhatian pada perniagaan.

Bagaimanapun, tup-tup dengar khabar butik pakaian Muslimah miliknya di Bangsar, Kuala Lumpur telah ditutup.

Menjawab tanda tanya ramai, Puteri Sarah mengesahkan butiknya itu telah ditutup namun bukan kerana tidak laku.

Puteri Sarah Tutup Butik Di Bangsar

Jelasnya, butik itu ditutup ekoran kontrak dengan pemilik kedai itu sudah tamat sejak 1 Mac lalu dan  perniagaannya itu masih beroperasi tetapi djalankan secara atas talian.

“Bukan kerana tiada sambutan. Kawasan itu strategik dan sentiasa ada pelanggan, cuma kontrak sewa bersama pemilik kedai itu sudah tamat.


“Lagipun kadar sewanya agak tinggi dan meningkat setiap tahun. Disebabkan itu, saya memilih untuk berniaga secara atas talian sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, dia merancang untuk membuka butik lain di sekitar Wangsa Melawati, Kuala Lumpur kerana lebih dekat dengan tempat tinggalnya.

Sarah kini sibuk membesarkan cahaya matanya, Syaikhul Islam yang baharu berusia dua bulan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori