Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Keluar Dewan Malu Najib...

AIB... Buat julung kali dalam sejarah, hampir semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH)...

PRK Pengkalan Kubor: PAS,...

SUBANG JAYA - Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mengakui wujud perbincangan antara parti...

SPRM Serah Kertas Siasatan...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, mengesahkan telah menyerahkan kertas...

Pelik.. Pelik.. Harga Promosi...

HENDAK ketawa jadinya melihat promosi yang ditawarkan pasaraya ini.Selalunya barang promosi memang dinanti-nantikan...

Qatar Tidak Akan Usir Warga Enam Negara

DOHA – Qatar tidak akan melakukan pengusiran terhadap warga enam negara yang memutuskan hubungan negara teluk itu selaras dengan peraturan sedia ada.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Qatar yang disiarkan oleh agensi berita Qatar, QNA, tiada sebarang perubahan dasar terhadap warga ‘negara saudara dan sahabat’ yang telah memutuskan hubungan diplomatik berikutan kempen niat jahat musuh negara Qatar.

Isnin lalu, Mesir, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi bertindak memutuskan hubungan dengan Qatar, lapor Reuters.

Tindakan itu dibuat atas alasan Qatar menyokong kumpulan militan Islam dan Iran dalam kemelut diplomatik negara-negara Teluk.

Warga Qatar yang berada di tiga negara Teluk memberi tempoh dua minggu untuk meninggalkan negara masing-masing.

Malah apa yang lebih memeranjatkan ialah tindakan UAE yang langsung tidak membenarkan warga Qatar menyambung perjalanan udara menerusi lapangan terbangnya.


Pergolakan itu turut menimbulkan kegelisahan dalam kalangan perkerja asing khususnya warga Mesir yang merupakan kumpulan pekerja terbesar di Qatar.

Tindakan negara-negara Teluk ‘memulau’ Qatar itu turut menyebabkan berlaku pembelian panik dalam kalangan warga Qatar.

Namun masalah itu tidak berlarutan selepas Iran dan Turki sedia membekalkan keperluan kepada negara itu.

Media melaporkan, bekalan makanan yang ada di Qatar kini boleh bertahan sehingga 12 bulan.  – MYNEWSHUB.CC

Kategori