Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki China Tarik 7...

LUAR biasa... Seorang pengamal seni mempertahankan diri dari China ini mampu untuk menarik...

Sambut Kelahiran, Doktor Lelaki...

SEORANG lelaki dari Arab Saudi kini diburu pihak polis selepas melepaskan tembakan ke...

Tiada Pembangunan Di Negara...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan hujah pembangkang bahawa tiada...

JPJ Sita Hampir 2,000...

MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita hampir 2,000 kereta klon di seluruh...

Rakyat Malaysia Digesa Tampil Menderma Darah

KUALA LUMPUR – Kadar penderma sepanjang Ramadan menurun hampir 40 peratus menyebabkan Pusat Darah Negara (PDN) mengalami kekurangan bekalan darah terutamanya semasa Aidilfitri.

Sehubungan itu, Pengarah PDN Dr Noryati Abu Amin menggesa rakyat Malaysia tampil menderma darah bagi menampung keperluan 2,000 pek darah sehari di seluruh negara, termasuk di kawasan Lembah Klang yang memerlukan 500 pek darah sehari.

“Selain kes-kes kecemasan, bekalan darah  juga diperlukan untuk pesakit thalassemia dan kanser,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau melahirkan rasa bimbang dengan kekurangan  penderma darah pada Ramadan kerana ia  boleh menyebabkan pusat itu tidak dapat menampung permintaan bekalan darah yang memuncak pada Aidilfitri.

Seramai 1,000  pesakit di seluruh negara menerima bekalan darah setiap hari.

“Apa yang paling dirisaukan adalah bekalan untuk dua minggu pertama Syawal. Orang ramai tidak datang menderma kerana sibuk menyambut hari raya bersama keluarga manakala yang bukan Islam pula dalam mood bercuti.

“Keadaan ini adalah cabaran buat kami di PDN dan mana-mana unit transfusi darah. Walaupun masing-masing sibuk bercuti dan beraya, saya minta orang ramai supaya tidak lupa menderma darah bagi membantu menampung keperluan untuk pesakit,” katanya.

Sebagai persiapan berdepan keadaan kritikal itu, katanya, PDN dan pihak hospital menggiatkan kempen sepanjang Ramadan dengan melanjutkan tempoh pendermaan darah di PDN selain mengadakan kempen pada waktu malam di masjid dan rumah-rumah ibadat yang lain.


“Bekalan darah untuk kegunaan sepanjang Ramadan masih mencukupi kerana kami siap sedia sejak dua minggu sebelum bulan puasa bermula walaupun jumlah ini dikira mencukupi untuk keperluan semasa. Namun, ia akan menjadi kritikal sekiranya orang ramai tidak datang menderma,” jelasnya.

Dr Noryati berkata bekalan darah yang kurang adalah bagi kesemua jenis darah dengan A, B dan O amat diperlukan selain platelet dan plasma.

Beliau berkata pihaknya perlu bertindak proaktif untuk meningkatkan bekalan darah berikutan adanya sebahagian komponen darah yang mempunyai tempoh hayat singkat dan perlu diganti dengan kerap.

“Tiap-tiap jenis darah mempunyai jangka hayat yang berbeza dan cara penyimpanannya juga berbeza,” katanya sambil memberitahu PDN atau mana-mana hospital terpaksa menghubungi penderma tetap bagi meminta mereka menderma sekiranya bekalan darah berdepan tahap kritikal,” katanya.

Dr Noryati berkata sebanyak 2.3 peratus daripada 30 juta penduduk Malaysia merupakan penderma darah dengan 2015 menyaksikan peningkatan penderma iaitu lebih 230,000 penderma baharu.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan supaya jumlah itu terus meningkat dan masyarakat sedar tentang kebaikan serta kepentingan menderma darah. – BERNAMA

Kategori