Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Minta Kerjasama Ibu...

GEORGE TOWN - Polis memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa dalam...

Peroleh Baucar RM500 Tebus...

Peroleh Baucar RM500 Tebus Kredit ePemula RM150 Guna ShopeePay!ShopeePay, e-dompet pilihan utama bagi...

Pesawat Penerbangan QZ8501 Digunakan...

Pesawat jenis Airbus A320 dengan Nombor Siri Pembuat 3648 dan didaftar sebagai PK-AXC...

MBI Sedia Bantu Jabatan...

IPOH - Majis Bandaraya Ipoh (MBI) sedia membantu Jabatan Perkhidmatan Veterinar menangani penularan...

Ramadan: Fast2Feed Bantu Mereka Yang Memerlukan

KOTA BHARU – Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid Malaysia) menyasarkan seramai 4,000 orang daripada golongan yang memerlukan di semua negeri di semenanjung untuk diberikan bantuan pada program Fast2Feed Ramadan tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya Habsah Marjuni berkata sehingga pertengahan Ramadan, seramai 2,000 penerima daripada golongan tersebut mendapat bantuan melalui program berkenaan membabitkan bantuan keperluan asas dan sumbangan wang tunai.

“Program tersebut merupakan kegiatan utama pihak kami dalam memberikan sumbangan kepada golongan memerlukan terutama anak-anak yatim, penghuni rumah jagaan warga tua, Orang Asli dan golongan pelarian,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui pada program Coca-Cola dan Muslim Aid Malaysia Bekerjasama Untuk Kebajikan Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Pasaraya Mydin di sini, malam tadi.

Habsah berkata program tersebut mendapat kerjasama daripada syarikat pengeluar air minuman Coca-Cola Malaysia sejak 2010.


“Sokongan berterusan daripada syarikat tersebut membolehkan kami membantu lebih ramai komuniti kurang bernasib baik pada setiap tahun terutamanya ketika Ramadan.

“Kita juga sangat mengalu-alukan sumbangan daripada individu atau syarikat korporat bagi sama-sama memberikan harapan dan bantuan kepada golongan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Kategori