Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Cadangan Wajibkan AIS Pada...

KUALA SELANGOR - Kerajaan bercadang mewajibkan pemasangan Sistem Pemantauan Automatik (AIS) pada bot...

Saya Tidak Akan Sertai...

KUALA LUMPUR : Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampak bakal menjadi bertambah mantap selepas...

VIDEO: Mesti Tonton! Bukti...

ISU perkauman sememangnya satu isu yang sangat sensitif di negara yang mempunyai masyarakat berbilang...

Sanjeevan Dibebas Tuduhan Memeras...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan...

Red Wing Shoes Buka Kedai Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Pengeluar kasut keselamatan utama, Red Wing Shoe Company Inc., mengembangkan operasinya di Asia Tenggara dengan pembukaan besar-besaran cawangan pertamanya di Malaysia, di Avenue K Shopping Mall.

Pengarah Urusan Red Wing Eastern Hemisphere, Paul Olson berkata syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat itu berkembang menjadi penyedia utama penyelesaian keselamatan kasut dan pakaian bekerja pekerja bagi industri tenaga antarabangsa selama lebih 50 tahun, dan peneraju dalam industri kasut sejak lebih 110 tahun.

“Daripada pelantar minyak hingga ke dok perkapalan, kilang hingga ke loji penapis, kami menyokong pekerja minyak dan gas Malaysia selama lebih tiga dekad menerusi perkhidmatan pengedaran kami.

“Kami kini teruja untuk menawarkan produk pakaian bekerja, serta produk baharu bagi kasut mendaki dan gaya hidup, menerusi gedung runcit Kuala Lumpur kami,” katanya.


Red Wing Shoes yang ditubuhkan pada 1905, mempunyai operasi di lebih 110 negara dengan lebih 2,000 pekerja di seluruh dunia. – BERNAMA

Kategori