Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jangan Terlalu Ghairah Meneka...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah...

Video: Awek Borak Dengan...

RAKAMAN video seorang gadis berbual dengan polis selepas ditahan kerana dikatakan cuba mencuri...

Nothing 2 Hide: Polis...

SHAH ALAM - Tiga suspek ditahan polis susulan kekecohan yang berlaku semasa program Nothing...

Tatu Allah Di Paha:...

PUTRAJAYA - Pemuda UMNO pada Jumaat menyerahkan memorandum menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN)...

Rejimen 4 KAD Tahan 3 PATI, Rampas Barangan Seludup

SERIAN – Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan bersama pelbagai barangan yang dipercayai cuba diseludup keluar dari garis sempadan di Kampung Tong Nibong dekat Balai Ringin petang semalam.

Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata tangkapan dibuat sepasukan anggota dari Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja (4 KAD) ketika sedang melaksanakan Op Serkap di lokasi berkenaan.

Katanya kira-kira 1.30 tengah hari anggota yang menjalankan operasi tersebut mengesan ketiga-tiga PATI tersebut sedang menaiki motosikal dari kampung berkenaan menuju sempadan Indonesia.

“Semasa pemeriksaan dijalankan mendapati ketiga-tiga PATI tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.


“Siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga mereka turut membawa minyak masak berjumlah 24kg, telur ayam 180 biji, ayam hidup sembilan ekor dan air botol berkarbonat 36 botol,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga tahanan bersama barang rampasan serta dua motosikal diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serian untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

Kategori