Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tak Perlu PM Kalau...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago belum matang dalam pengetahuannya...

Penduduk Kg Labuan Diusir,...

Penduduk kampung di Kampung Gersik, Labuan yang akhirnya diusir awal bulan ini, masih...

Sofi Jikan Mengaku Tidak...

PELAKON, Sofi Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan...

Delegasi EU Puji Pindaan...

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan meminda Rang Undang-Undang (RUU) Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017...

Kes Zulfarhan Osman: Reman 32 Siswa UPNM Disambung

SEPANG – Tempoh reman bagi 32 mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilanjutkan mulai esok hingga 14 Jun, sementara empat mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Sharifah Muhaymin Abdul Khalib yang mengendalikan prosiding itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, hari ini.

Majistret itu tiba di IPD Sepang pada kira-kira 8.30 pagi dengan menaiki kenderaan Proton Persona dan kelihatan meninggalkan perkarangan premis berkenaan setengah jam kemudian.

Perintah lanjutan reman dan pembebasan itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam tiga daripada empat pelajar Uniten yang dibebaskan, Sukhdave Singh Kashmir Singh yang ditemui di luar IPD Sepang.

Anggota keluarga mahasiswa turut kelihatan di kawasan IPD Sepang dipercayai untuk bertemu dengan mereka yang ditahan di lokap di situ.


Pada 2 Jun, 36 mahasiswa terdiri daripada 32 pelajar UPNM dan empat pelajar Uniten direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang mahasiswa UPNM dipercayai akibat didera dengan seterika wap.

Kesemua mereka berusia antara 20 dan 21 tahun.

Pegawai kadet laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain penuntut tahun ketiga jurusan kejuruteraan elektrik UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun selepas dihantar untuk mendapatkan rawatan di situ oleh beberapa rakan. – BERNAMA

Kategori