Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Daiyan Trisha Positif COVID-19,...

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19.Perkara itu dimaklumkan...

Malu Tengok Foto Kahwin...

TAK suka melihat penampilan mereka dalam gambar kahwin, akhirnya menjadi inspirasi buat pasangan...

Wanita Jumpa Daging Bentuk...

SEORANG wanita di Ghana terkejut dan berasa loya apabila menemui seketul daging menyerupai...

Video: Bas Dirempuh Kereta...

VIDEO ini memaparkan detik mencemaskan apabila sebuah bas sekolah yang membawa 60 orang...

Rita Tak Pernah Bawa Anak Ke Bazar Ramadan

BAZAR ramadan kini seakan sudah menjadi satu kemestian buat setiap daripada kita bagi mencari juadah berbuka puasa mahupun mencari lauk pauk untuk dijadikan stok untuk bersahur.

Pelbagai juadah yang disediakan pastinya membuatkan kita rambang mata, dengan bermacam-macam jenis pilihan air minuman dan makanan yang sangat menyelerakan dihidangkan di hadapan mata.

Namun, berbeza dengan pelakon Rita Rudaini, yang mendedahkan dia langsung tidak pernah membawa kedua-dua anak lelakinya, Ryan dan Arjuna ke bazar ramadan seperti mana yang menjadi kelaziman orang ramai di luar sana.

Menurut aktres itu walaupun mempunyai keinginan untuk membawa anak-anaknya ke bazar namun hal itu terpaksa dipendamkannya dulu.

“Saya teringin nak bawa anak-anak ke bazar bagi memperkenalkan mereka keseronokan bulan Ramadan di mana pelbagai makanan dijual di situ. Mungkin jika mereka sudah besar sikit baru saya berani bawa mereka.


“Mereka tidak pernah ada pengalaman itu, bukan kerana saya tidak mahu bawa tetapi bimbang keselamatan memandangkan bazar ramai orang dan saya tiada pembantu untuk mengawal mereka,” katanya memetik mStar Online.  

Ya tak ya juga kan, ibu mana yang tak risaukan keselamatan anak-anak mereka, lebih-lebih lagi di kawasan tumpuan ramai. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori