Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kenaikan Yuran Syarikat Penerbangan...

PUTRAJAYA - Cadangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk mengkaji semula yuran dan caj...

Laluan Udara KL-Singapura Paling...

SINGAPURA - Laluan Singapura-Kuala Lumpur adalah rangkaian udara paling sibuk di dunia, dengan...

Daftar Pengundi Meragukan: SPR...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan...

BMW Malaysia Lancar BMW...

KUALA LUMPUR — BMW Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan BMW 6 Series...

Ronaldo Tak Terganggu, Mahu Tinggalkan Real Madrid

BINTANG Real Madrid Cristiano Ronaldo dilaporkan bersedia untuk meninggalkan kelab itu dan rakan sepasukannya di Portugal tidak melihat fikiran pemain itu terganggu.

Ronaldo masih ‘fokus dan sangat serius’ mengenai kempen Piala Konfederasi Portugal selepas laporan sensasi muncul mendakwa dia mahu meninggalkan Real.

Laporan akhbar Portugis, A Bola pada Jumaat mendakwa pemain berusia 32 tahun itu tidak mahu lagi bermain di Sepanyol susulan dakwaan tipu cukai.

Laporan itu diperoleh daripada sumber yang rapat dengan pemain itu yang kemudian seolah-olah disahkan oleh berita antarabangsa yang lain.

Wakil Ronaldo telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu yang menyatakan pemain berkenaan menyembunyikan pendapatan dan menipu pihak berkuasa cukai Sepanyol sebanyak €14.7 juta.

Real telah menyatakan ‘keyakinan penuh’ kepada Ronaldo dan percaya dia akan dibuktikan tidak bersalah daripada sebarang salah laku, tetapi masih mendakwa keputusan pemain itu untuk meninggalkan Santiago Bernabeu adalah muktamad.

Spekulasi ini berlaku ketika Portugal sedang membuat persediaan untuk Piala Konfederasi di Rusia, perlawanan pertama mereka menentang Mexico pada Ahad.

Rakan sekerja antarabangsa Ronaldo Andre Silva menegaskan kaptennya itu memberikan perhatian penuh terhadap tanggungjawabnya.


“Setakat yang saya lihat, dia bermotivasi dengan pasukan kebangsaan, dia fokus dan sangat serius,” kata Silva kepada pemberita selepas ditanya tentang Ronaldo sejak didakwa tipu cukai pada Selasa.

Silva, yang disebut Ronaldo sebagai penggantinya di Portugal, mempunyai pengalaman bermain dengan pemenang Ballon d’Or sebanyak empat kali itu.

“Ia satu impian, sudah bertahun-tahun membayangkan bermain dengan Cristiano, jadi saya gembira bermain dengannya,” katanya.

“Saya cuba untuk mendengar apa yang dikata dan dia memberi penjelasan dengan cara terbaik. Saya rasa komunikasi kami yang baik kami telah membawa kepada keputusan yang baik.” – mStar Online

Kategori