Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Udang Harimau Saiz XXL...

KEMAMAN – Udang Harimau bersaiz XXL akan dilelong pada harga RM35 sekilo di...

India Belanja RM4.12b Bina...

SARDAR SAROVAR - Patung terbesar dunia bakal menjadi kenyataan di India ketika usaha...

Tambang Percuma MRT Putrajaya...

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka...

Kes Dadah: Tony Eusoff...

INDUSTRI hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita pelakon Tony Eusoff yang telah didakwa...

Rosmah Hadir Tazkirah, Solat Sunat Tasbih

PUTRAJAYA – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis tazkirah dan menunaikan solat sunat Tasbih yang diadakan di Seri Perdana, di sini.

Majlis tahunan anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diadakan bagi menghayati bulan Ramadan itu dihadiri lebih 200 tetamu.

Pada majlis berkenaan, penceramah terkenal Datuk Dr Fatma El-Zahra menyampaikan tazkirah yang berkisar mengenai latihan melawan nafsu dan memperbaiki diri pada bulan Ramadan serta manfaat yang diperoleh dengan menunaikan solat sunat Tasbih.

Dr Fatma turut memimpin solat sunat Tasbih itu.


Para tetamu yang hadir terdiri daripada anggota Bakti, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat). – BERNAMA

Kategori