AHAD lalu, heboh di Instagram apabila Rozita Che Wan memuat naik gambar seorang pengkid yang dikatanya mengganggu rumahtangga orang.
BACA: Diganggu Pengkid, Che Ta Mengamuk Di Instagram?
Ramai yang menyangka individu tersebut mengacau Rozita atau Che Ta, namun rupanya dia bukan marah dirinya diganggu, sebaliknya posting tersebut bertujuan untuk membantu saudara sendiri!
Kata Che Ta, sebelum ini teguran secara baik langsung tidak dipedulikan sehingga membuatkannya terpaksa memberikan ‘amaran’ menerusi laman sosial peribadinya.
“Sebagai saudara, saya sakit hati mendengar luahan mengenai isterinya yang mabuk cinta dengan pengkid hingga mengabaikan tanggungjawab di rumah.
“Lebih menyedihkan apabila anak kecil mereka yang baharu cecah usia 9 bulan juga diabaikan. Karakter isterinya itu berubah dan dia jadi wanita berbeza selepas mengenali individu terbabit.
“Jalan akhir adalah dengan mengambil langkah membuat luahan terbuka supaya dia sedar diri. Sebelum ini pun saudara saya sudah bertemu untuk berbincang secara baik.
“Namun keadaan semakin melarat. Harapan saya, dia sedar tidak baik memporak perandakan rumah tangga orang,” katanya kepada BH Online.
Benar-benar hilang sabar, Che Ta juga memberi amaran kepada individu tersebut yang juga merupakan seorang penyanyi suam-suam kuku itu bahawa dia ada menyimpan bukti perbualan kedua-duanya.
Moral of the story adalah, jangan sesekali buat Che Ta marah kerana habis kiri, kanan, depan dan belakang ‘dilibas’nya okay!
“Ramai lagi orang di luar sana, kenapa perlu mengganggu isteri orang? Adakah setelah diberi amaran, dia menganggap dirinya seperti dicabar?
“Saya tahu dia menafikan perkara ini kepada media dan anggap diri tidak bersalah, namun saya ada bukti,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC