Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

6 Tanda Menakutkan Robot...

HOLLYWOOD telah banyak kali mengingatkan kita tentang kebangkitan robot dan kepintaran buatan yang...

Selangor Naik Had Umur...

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menaikkan had umur minimum untuk...

Sweet ! Siri Gambar...

SINONIM dengan ungkapan kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa..Siri gambar...

Pelan Tindakan Banjir Shah...

SHAH ALAM : Pelan Tindakan Banjir Shah Alam atau Shah Alam Sustainable Urban...

Rusia Dakwa Berjaya Bunuh Ketua Khalifah Daesh

MOSCOW – Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa berjaya bunuh ketua khalifah kumpulan militan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi pada akhir Mei lalu dalam serangan bom di Raqqa, Syria.

Operasi serangan udara tentera Rusia itu dilancarkan selepas menerima maklumat perisikan satu pertemuan para pemimpin kumpulan tersebut sedang dirancang, kata kementerian berkenaan menerusi laman Facebook rasminya.

“Pada 28 Mei 2017, kami menggunakan dron untuk mengesahkan tempat dan masa sekitar 12.35 tengah malam waktu tempatan sebelum tentera Rusia mula melancarkan serangan ke atas lokasi pemimpin itu dikesan,” katanya.

Kenyataan kementerian itu menjelaskan, berdasarkan kepada maklumat diperoleh juga mendapati pertemuan rahsia dengan allahyarham Abu Bakr terpaksa dibatalkan berikutan serangan secara mengejut awal Ramadan itu.

Tentera bersekutu Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan berkenaan sama ada pemimpin tertinggi Daesh itu telah terbunuh di dalam serangan dramatik Rusia tersebut.

Serangan itu turut dipercayai telah membunuh beberapa lagi pemimpin kanan Daesh iaitu sekitar 30 pemerintah lapangan dan sehingga 300 pengawal peribadi mereka, tambah kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia di sini.

Dalam pada itu, pihak tentera Rusia yang berpangkalan di Syria juga mendakwa para pemimpin Daesh berkumpul untuk membincangkan kemungkinan laluan selamat yang boleh digunakan untuk berundur dari bandar Raqqa.


Abu Bakr atau nama sebenarnya Ibrahim Awad Ibrahim al-Badri, 45, dan berasal dari Samarra, Iraq; telah keluar daripada kumpulan militan al-Qaeda pada 2013, dua tahun selepas Osama Laden dibunuh tentera AS di Pakistan.

Allahyarham pernah ditahan oleh tentera AS di Iraq pada 2004 sebelum dibebaskan setahun kemudian. Ramai penganalisis antarabangsa percaya beliau dilatih Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk membentuk Daesh pada 2008.

Perkara rahsia itu turut didedahkan bekas pakar komputer CIA, Edward Snowden yang mendakwa Daesh asalnya diwujudkan demi menjaga kepentingan Israel dan langsung tidak pernah menyerang negara haram Yahudi tersebut.

Ia sengaja menggunakan nama Islam bagi menarik ribuan anak muda Muslim yang jahil agama dari seluruh dunia konon berjihad menentang kafir dan menegakkan sistem pemerintahan khalifah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori