Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Nor Azimah Pulang Selepas...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak pasti apa yang berlaku kepada dia selama setahun...

Bosnia – Kod Rahsia...

WASHINGTON DC - Sebut sahaja alamat 1600, Pennsylvania Avenue North West, di sini,...

Langkah Bank Negara Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR)...

JPNIN Naik Taraf Kelengkapan...

SHAH ALAM – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memperuntukkan kira-kira RM1...

Sapura Energy Raih Kontrak Bernilai RM879.01 Juta

KUALA LUMPUR – Sapura Energy Bhd meraih empat kontrak, bernilai kira-kira US$205.96 juta (RM879.01 juta) melalui anak syarikat milik penuh langsung dan tidak langsungnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sapura Energy berkata tiga daripada kontrak tersebut diraih oleh Sapura Offshore Sdn Bhd daripada PT. Gunanusa Utama Fabricators, Brunei Shell Petroleum Co Sdn Bhd dan Oil and Natural Gas Corporation Ltd.

Antara kontrak yang diraih oleh Sapura Offshore adalah kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pemasangan platform kepala telaga, saluran paip yang berkaitan dan ‘tie-ins’ bagi projek pembangunan Zawtika, yang akan siap pada Mac 2018, serta pengangkutan dan pemasangan baki kerja-kerja dalam laut bagi Oil and Natural Gas Corporation, yang akan siap pada suku kedua 2017.

Sapura Offshore turut diberikan kontrak untuk menjalankan kerja-kerja bagi penggantian tambatan satu titik (SPM) menaik taraf sistem eksport minyak luar pesisir Seria Crude Oil Terminal oleh Brunei Shell Petroleum, yang dijadualkan bermula pada April 2018


Anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Normand Sapura Pty Ltd diberikan kontrak perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan pemeriksaan oleh PTTEP Australasia Pty Ltd yang termasuk selaman tepu dan kerja-kerja intervensi kenderaan kawalan jauh di lapangan Montara, dan dijadualkan siap pada Julai. – BERNAMA

Kategori