Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pengarah, Pekerja Syarikat Import...

KUALA LUMPUR - Empat individu terdiri pengarah dan pekerja sebuah syarikat pengimport daging...

Gadis Cacat Dibakar Selepas...

TRAGIK... Seorang gadis yang cacat fizikal, telah dibakar hidup-hidup selepas abangnya melarikan diri...

Polisi Baharu NAP Diumum...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengumumkan polisi baharu berkaitan Dasar Automotif Nasional (NAP)...

Tiada Sebab BN Sabah...

KOTA MARUDU - Tiada sebab untuk Barisan Nasional (BN) Sabah tidak cemerlang pada...

Saran Perokok Berhenti Merokok Di Bulan Ramadan

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar usaha lebih serius dapat dilakukan bagi menyedarkan para perokok di negeri ini segera menghentikan tabiat menghisap rokok.

Menurut baginda, masa yang paling sesuai bagi setiap perokok untuk melatihkan diri meninggalkan amalan merokok ialah pada bulan puasa seperti sekarang.

“Kalau kita berpuasa 14 jam sehari dan selama itu jugalah para perokok mampu mengawal diri mereka tidak merokok, apalah salahnya selepas berbuka puasa diteruskan untuk tidak merokok sehingga keesokan harinya,” titah Raja Muda.

Baginda bertitah demikian selepas melancarkan kempen ‘Amalan Merokok: Ancaman Kepada Generasi Masa Depan Negara’ peringkat negeri Perlis dan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim anjuran Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kesihatan Negeri di Masjid Negeri di sini malam tadi.

Raja Muda bertitah, hasil kajian yang pernah dibuat mendapati 95 peratus perokok menyatakan lebih mudah mereka berhenti merokok pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain.


Titah baginda, mesej-mesej berkaitan bahaya amalan merokok hendaklah sentiasa diuar-uarkan terutama di sekolah-sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), masjid dan surau di seluruh negeri Perlis untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengelakkan diri daripada menjadi perokok bagi menjaga kesihatan diri.

Anggota jawatankuasa masjid yang merokok pula, tambah baginda, harus mula sedar dan mengambil inisiaitif ke atas diri sendiri untuk turut sama-sama berhenti merokok memandangkan mereka merupakan antara contoh terbaik di kaca mata masyarakat dan perlu mempamerkan teladan yang baik.

Baginda berpendapat kekuatan institusi kekeluargaan penting sebagai sumber sokongan utama sama ada bagi perokok yang ingin berhenti merokok mahupun bagi setiap individu dalam keluarga tersebut untuk lebih menghargai dan mensyukuri nikmat kesihatan diri mereka. – BERNAMA

Kategori