JAGUH tenis dunia, Serena Williams yang sarat hamil menghiasi muka hadapan edisi Ogos majalah Vanity Fair dengan bertelanjang bulat.
Dalam temubual dengan majalah itu, Serena menceritakan pengalaman hamilnya selain bagaimana dia jatuh cinta dengan tunangnya, Alexis Ohanian yang merupakan pengasas bersama laman sosial Reddit.
Serena dikagumi peminatnya kerana walaupun mengetahui dirinya sedang hamil namun dia tetap mengambil bahagian dalam kejohanan tenis Australia malah dia berjaya memenangi kejohanan tersebut pada Januari lalu.
Serena yang merahsiakan jantina anaknya itu dijangka bersalin September ini. – MYNEWSHUB.CC