Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mangsa Air Pasang Di...

SUNGAI PETANI - Jumlah mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar di empat...

Menakutkan Wanita Bersin Lalu...

SEORANG pelakon tidak menyangka tulang hidungnya terkeluar ketika bersin dalam kes yang mengejutkan...

Sikap Ambil Mudah Pemain,...

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail kecewa dengan sikap ambil mudah...

Lelaki Bakar Diri Bergaduh...

LUMUT - Gara-gara bergaduh dengan teman wanita, seorang pemuda berumur 21 tahun nekad...

“Saya Ambil Upah Beli Untuk Orang Ponteng Puasa”

BIARPUN tahu perbutannya salah di sisi agama, namun dek kerana keuntangan yang lumayan, manusia sering buta dengan wang ringgit.

Demikian kisah seorang gadis yang mengaku pernah melakukan kerja terkutuk mengambil upah beli makanan untuk orang tidak berpuasa.

Bekas pekerja kilang yang dikenali sebagai Zira, 29 memberitahu Sinar Harian bahawa dia pernah mengambil upah sebanyak RM2 ke RM3 sekepala buat rakan sekerjanya yang memerlukan perkhidmatannya.

“Saya memang jenis tak malu, orang nak kata apa pun, katalah. Lagipun sebagai perempuan kita ada waktu-waktu tak boleh puasa.

“Seminggu saya beli di satu kedai ini, minggu berikutnya saya beli di kedai lain. Jadi tak nampak ketara sangat,” kata Zira lagi.

Menurut wanita itu, dalam sehari sehingga 20 set makanan akan dibeli walaupun bukan pada hari dia bekerja semata-mata untuk memberi khidmat kepada kaki ponteng puasa.

“Faham sajalah kerja kilang, angkat-angkat barang. Stor kilang akan jadi sasaran untuk kawan-kawan tak puasa ni makan. Bulan puasa gaji saya bersih sebab banyak duit dari hasil upah ni.


“Sempat la dalam tiga tahun saya buat kerja tu. Tapi sejak berhenti kerja lima tahun lalu, saya dah tak buat. Bila fikir balik sampai bila nak makan duit hasil upah macam tu,” katanya.

Bagaimanapun, Zira mengakui walaupun menjadi orang tengah membeli makanan untuk kaki ponteng puasa, dia tetap berpuasa seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori