KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan pada PRU14.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat untuk Pakatan Harapan memfokuskan kepada pilihan raya umum berbanding bertelagah siapa calon PM.
“Pertikaian sebegini akan memberi mudarat kerana keputusan mutlak terletak di tangan rakyat yang membuat keputusan pada pilihan raya umum nanti,” katanya.
Anwar turut menggesa Pakatan Harapan untuk terus memberi penekanan dan fokus kepada perkara yang lebih penting.
Menurutnya, apa yang perlu diberi perhatian adalah isu seperti polisi negara, ketidaktelusan sistem dan memenangi PRU14.
“Isu lain seperti pertikaian untuk mendapatkan kuasa dan jawatan serta pertikaian dalam Harapan tidak boleh dibiarkan,” ujarnya.
“Bagi memfokuskan kepada kemenangan pada PRU14, saya membuat keputusan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon perdana menteri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=UQ8gt_vt5Bg