Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Angka Terkini Kematian COVID-19...

PARIS - Seramai 204,696 orang meninggal dunia di seluruh dunia disebabkan COVID-19, sejak...

Skandal 1MDB: Roger Ng...

New York : Juri pada Jumaat mensabitkan kesalahan terhadap bekas pegawai bank Goldman...

Kekurangan Buruh Asing Di...

CAMERON HIGHLANDS - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Majlis...

Peguam Cuti Sakit, Perbicaraan...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes saman fitnah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk...

Sejam Tahan Sakit Kaki Sangkut Lubang Tandas

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Bandar Seri Behrang, Tanjung Malim, Perak, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kaki mangsa tersangkut dalam lubang tandas cangkung dan pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim berkata, anggota terpaksa memecahkan mangkuk tandas berkenaan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kaki mangsa.

Menurutnya, mangsa mengalami luka kecil pada kaki dan kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Malim untuk rawatan lanjut,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori