Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Suri Rumah Tertipu Dengan...

SIK - Seorang suri rumah berusia 53 tahun di sini kerugian lebih RM5,000...

Hasan Malek Minta Media...

PORT DICKSON - Media diminta berhati-hati dan bertindak bijak dalam melapor isu dengan...

TMJ Tunai Impian Kanak-Kanak...

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mempamerkan sifat...

MH17: Jangan Lupakan Jasa...

DI SEBALIK ketibaan jenazah-jenazah mangsa MH17, ramai yang terlupa tentang sekumpulan 'wira yang...

Selebriti Kongsi Luahan Hati Sempena Hari Bapa

BERSEMPENA sambutan Hari Bapa yang disambut pada Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun, kebanyakan selebriti turut tidak terlepas sama memberikan penghargaan buat hero-hero mereka menerusi dedikasi khas di laman Instagram masing-masing.

Antara yang sempat memuat naik ucapan penghargaan buat superhero mereka ialah seperti pelakon berbakat besar, Nabila Huda yang merupakan anak bintang rock legenda, Amy Search.

Nabila atau Abil menerusi perkongsiannya itu menulis, “Biarpun ini adalah kehidupan yang telah dipilih untuk kita berdua teruskan hidup, dekat atau jauh, tak pernah sehari berlalu tanpa saya tidak memikirkan tentang Papa. Saya harap hati Papa juga sebegitu. Selamat Hari Bapa, Papa.”

Selain itu, pelakon dan pengacara Zulin Aziz turut menyampaikan dedikasi khasnya buat Allahyarham bapanya, Aziz Jaafar yang meninggal dunia lapan tahun lalu akibat salur darah di kepala yang pecah.

Menulis kapsyen ringkas namun penuh makna, Zulin menyatakan perasaan rindunya terhadap arwah bapanya, “Selamat Hari Bapa. Kakak rindu abah.”

Happy father’s day. Kakak rindu abah. 💗 Al- fatihah.

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Sementara itu, pelakon Hanis Zalikha dan Nad Zainal pula mengambil kesempatan Hari Bapa yang disambut semalam dengan menghargai suami masing-masing yang sentiasa ada di sisi mereka ketika sama-sama menjaga anak sulung mereka.


Hanis memuat naik gambar suaminya, Hairul Azreen dan anak mereka, Yusof Iskandar beserta kapsyen, “Kepada bapa yang bangun malam tanpa perlu berdengus, Selamat Hari Bapa @hairulazreen. Suami macam ni nak beranak ramai pun takpe. Eh.”

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin pula berkongsi gambar lucu suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin yang memakai topeng Power Rangers ketika sedang memberikan susu kepada anak mereka, Fahad Ibrahim.

“Selamat Hari Bapa, Selamat Hari Bapa, Selamat Hari Bapa. We love you. Tengok gambar pun tahu korang BFF,” tulis aktres genit itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori