Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAS Belum Putuskan Penggunaan...

PASIR PUTEH - Pas belum memutuskan sama ada akan menggunakan logo parti itu...

Trend Pasang ‘Dashcam’ Satu...

KUALA LUMPUR - Trend pemasangan kamera 'dashboard' atau 'dashcam' dalam kenderaan oleh pemilik...

Pesanan Fathia Buat Gadis...

PELAKON Nur Fathia Latiff berkata, dia mahu memberikan pengajaran kepada gadis-gadis di luar...

Pilih Universiti Awam Untuk...

KOTA KINABALU - Pengerusi Penganjur Persidangan Mesyuarat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (Universiti Awam)...

Semua Pusat Pemindahan Banjir Di Alor Gajah Ditutup

MELAKA – Kesemua dua pusat pemindahan banjir di Alor Gajah dekat sini telah ditutup setakat pukul 5.30 petang ini dan 27 mangsa banjir daripada enam keluarga yang ditempatkan di pusat itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka, Lt. Kol (PA) Effendy Ali dalam kenyataan berkata pusat pemindahan berkenaan ialah Balai Raya Bukit Balai dan Balai Raya Kampung Pulau di Alor Gajah.

Bagaimanapun katanya di daerah Jasin, hanya empat sekeluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Tehel dibenarkan pulang manakala 81 mangsa banjir daripada 18 keluarga masih berada di pusat tersebut.

Banjir di tiga kampung di Alor Gajah iaitu Kampung Padang Kerbau Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai dan Kampung Pulau dilihat telah mula surut dan tidak membahayakan, justeru penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, katanya.


Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka itu berkata pihaknya masih memantau situasi banjir di Kampung Tanjung Laboh dan Kampung Parit Lampong di daerah Jasin.

Katanya banjir disebabkan beberapa sungai di kawasan itu melimpah akibat hujan lebat pada Isnin lepas. – BERNAMA

Kategori