Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guna Kekerasan Jenayah, Penghantar...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar barang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari...

2 Pelancong Asing Rakam...

LUSAKA - Dua pelancong, masing-masing rakyat Belanda dan Belgium, maut dipijak gajah di...

Rakyat Kelantan Masih Kuat...

KUALA KRAI telah diselaputi debu tebal yang disebabkan oleh kenderaan yang bergerak melalui...

Bantuan Keluarga Malaysia Disalur...

PUTRAJAYA : Kementerian Kewangan memaklumkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 akan...

Che Ta Bergaya Dengan 104 Pasang Baju Raya Tahun Ini

BERAYA sakanlah keluarga pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta di bulan Syawal nanti.

Mahunya tak, tahun ini sahaja dia bakal menggayakan 104 pasang baju Raya; kurang 6 pasang dari tahun lepas!

Sedar bahawa jumlah tersebut tidak masuk akal dan akan menjadi bahan kecaman warga laman sosial, Che Ta menyatakan perkara sebenar di sebalik perkara tersebut.

“Dilantik sebagai duta jenama pakaian Minaz selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma.

“Tahun lalu saya dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga,” jelasnya kepada BH Plus.

Kata Che Ta lagi, anak perempuan tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana turut menerima 30 pasang baju daripada jenama yang sama.


Seperti tidak cukup lagi baju raya yang diberikan kepadanya, wanita usahawan berjaya ini juga turut menempah 10 pasang baju dengan pereka Rizman Ruzaini sebagai tambahan untuk digayakan pada 1 Syawal nanti.

Che Ta dan keluarganya terkenal kerana sering dilihat berpakaian sedondon ke acara-acara rasmi mahupun ketika bercuti. – MYNEWSHUB.CC

Kategori