Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

QZ8501: Jasad Mangsa Warga...

SURABAYA - Penantian keluarga rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden AirAsia QZ8501 pada...

Bangga Berkongsi Hari Jadi...

ALOR SETAR - Bangga! Itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh Wira Ady Ikhlas...

ADUN PKR Sebar Surat...

KANTOI... Sama ada sakit hati atau risau dengan lawatan Perdana Menteri ke Permatang...

Tiada Dalam Manifesto, BN...

BAGAN DATUK : Pelantikan tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) tetap menjadi tawaran Barisan...

Serangan Di Makkah: Jemaah Haji Tak Perlu Risau

PUTRAJAYA – Jemaah haji Malaysia tidak perlu panik dan risau dengan insiden serangan bom berani mati berhampiran Masjidil Haram di Makkah semalam memandangkan petugas keselamatan Tabung Haji akan memantau pergerakan mereka ketika menunaikan ibadah suci itu tidak lama lagi.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata jemaah haji hanya perlu mendengar nasihat dan arahan diberikan petugas haji bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar.

“Saya percaya jemaah akan ikut nasihat seperti dilakukan sebelum ini. Apa yang berlaku memang membimbangkan jemaah haji dan keluarga mereka.

“Jemaah perlu tenang dengan apa yang berlaku. Tidak perlu panik, risau. Pasukan keselamatan akan pantau pergerakan jemaah di kawasan ibadat. Malah saya sendiri akan berada di sana insya-Allah,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri hari ini.

Insiden serangan bom berani mati itu mencederakan 11 orang termasuk lima pegawai polis Arab Saudi. Kementerian Luar semalam mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden itu.


Penerbangan pertama jemaah haji dijadual berlepas pada 24 Julai, manakala penerbangan terakhir pada 25 Ogos di lapan buah lapangan terbang utama iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Seramai 30,200 jemaah akan menunaikan ibadat haji bermula Julai ini. – BERNAMA

Kategori