Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bekalan Ikan Pulih Mulai...

KOTA BHARU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan bekalan ikan yang...

Perkampungan Atas Air Sabah...

KOTA KINABALU – Dua kebakaran yang memusnahkan kediaman di perkampungan atas air dalam...

Jalani Pembedahan Kosmetik Untuk...

Seoul - Seorang lelaki yang dipenjara 10 tahun lalu atas kesalahan mencuri, menjalani...

Konflik Dengan Israel Bukan...

DOHA - Pemimpin Hamas Khaled Meshaal berkata peperangan terbaharu dengan Israel bukan konflik...

Serangan Roket Gegar Kabul Afghanistan

KABUL – Pihak militan melancarkan serangan roket di kawasan Shash Darak di Kabul Afghanistan pada Selasa ketika persidangan antarabangsa kerjasama keamanan dan keselamatan sedang berlangsung, memetik sumber media tempatan lapor agensi berita China Xinhua.

“Roket itu mensasarkan kawasan lapang di Shash Darak yang terletak di Police District 9 kira-kira 11.25 pagi waktu tempatan namun tidak menyebabkan kecederaan,” kata sumber enggan dikenali kepada Xinhua.

Kawasan berkenaan menempatkan pejabat diplomatik, bangunan kediaman serta ibu pejabat Resolute Support Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Sumber berkata, maklumat lanjut mengenai insiden itu akan dimaklumkan kemudian

Terdahulu, pembukaan persidangan antarabangsa bertajuk “Proses Kabul” disertai 20 negara dan organisasi antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, Rusia, China, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, NATO dan Kesatuan Eropah berlangsung dengan kawalan keselamatan ketat.


Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu setakat ini.

Sebelum ini, serangan letupan trak berlaku di kawasan diplomatik di daerah Wazir Akbar Khan menyebabkan 150 orang terbunuh dan 450 lagi cedera. – BERNAMA

Kategori