Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Elfira Loy Kini Hamil...

KUALA LUMPUR – Pelakon, Elfira Loy mengesahkan yang dia kini hamil anak sulung...

Selangor Setuju Terima Cadangan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor bersetuju menerima cadangan Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai...

13 Ditahan Kes Curi...

KOTA KINABALU - Polis menahan 13 individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam...

2 Pelajar Perempuan IPTA...

DUA pelajar perempuan berusia 21 dan 22 tahun dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi...

Sila Berhati-Hati… Taktik Baru Penipuan Beli Telefon

BARU-baru ini sebuah rakaman video seorang lelaki menceritakan pengalamannya ditipu oleh pembeli yang berhajat mahu membeli telefon bimbitnya menjadi tular di laman sosial.

Menerusi rakaman itu, lelaki tersebut mendakwa si pembeli yang merupakan seorang wanita menghubunginya setelah berminat dengan telefon bimbit yang telah diiklankannya menerusi laman jual beli online terkenal.

Bagaimanapun, wanita yang dikenali sebagai B itu memberitahunya, dia tidak dapat berjumpa untuk melihat telefon bimbit itu sebaliknya akan menghantar wakil iaitu rakannya.

Ceritanya macam ini, kakak tu nak beli telefon aku sebab aku dah iklan dekat Mudah.my. Aku letak harga telefon aku RM2,000.

“Tapi dia tak boleh datang, dia cakap nanti kawan dia akan periksa dan ambil.

“Bila kawan dia, si C datang dia cakap telefon okey dan setuju ambil. Aku pun hubungi kakak ni beritahu kawan dia kata okey telefon tu dan kakak ni janji nak bank in dalam masa lima minit.

“Dalam masa yang sama, abang ni cakap dia nak pergi bank in dekat bank. Aku keliru kenapa abang ni nak pergi bank in.


“Lepastu dia kata dah bank in RM1700 dekat kakak tu. Padahal, itu telefon aku. Rupa-rupanya kakak ni iklankan gambar telefon aku.

“Rasa macam kami kena pukau. Lelaki tu bagi tahu dia ingat aku kawan kakak tu. Padahal aku tak kenal kakak itu. Lelaki si C ni pun tak kenal kakak tu, “ jelasnya sambil melukiskan situasi itu di papan putih kecil.

Tambahnya, dia tidak dapat menyerahkan telefon bimbitnya kepada lelaki itu memandangkan tidak menerima apa-apa wang.

Walaupun tidak mengalami kerugian atas insiden ini bagaimanapun dia tetap simpati dengan nasib lelaki si C yang telah ditipu sebanyak RM1,700.

Ekoran kejadian, lelaki ini menjelaskan bahawa dia dan si C yang telah ditipu sudah pun membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

Oleh itu, lelaki ini meminta agar orang ramai berhati-hati dengan taktik penipuan terbaharu seperti ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori