KANGAR – Sistem tempat letak kereta berkupon akan dilaksanakan di Kangar, Arau dan Padang Besar mulai 1 Julai ini, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Khairin Nazry Karim.
Beliau berkata MPK telah mencapai persetujuan berhubung perkara itu dengan kontraktor sedia ada menguruskan tempat letak kereta di seluruh negeri yang berakhir pada 16 Jun ini.
“Bermula 1 Julai kita akan menggunakan sistem kupon yang pelaksanaannya diselaraskan,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota MPK di Dewan Mesra MPK di sini, hari ini.
Majlis itu disaksikan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man. – BERNAMA