Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anak Norman-Abby Dapat Sambung...

KEBIASAANYA kita sering dihidangkan dengan cerita kurang enak mengenai anak-anak mangsa penceraian. Namun, hal...

Candlelight Vigil Bukan Dari...

Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin (Candlelight Vigil) sebagai tanda memperingati,...

Darah Adik Haziq Di...

Hari ini, sebuah keluarga kehilangan seorang cahaya mata mereka apabila dikhabarkan si kecil...

500 Asnaf Sekitar Sik...

SIK - Nasib 500 keluarga asnaf di sekitar daerah Sik mendapat perhatian apabila...

Sistem Rakaman Mudah Alih Di Balai Polis Dikaji

PUTRAJAYA –  Pasukan Petugas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak akan menjalankan kajian kemungkinan tentang penggunaan sistem rakaman mudah alih di balai polis bagi mengambil keterangan secara terus untuk menyiasat kes melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mengetuai pasukan petugas itu, berkata sistem berkenaan, jika dilaksanakan akan membolehkan semua balai polis membuat rakaman dengan segera apabila sesuatu kes baharu dilaporkan.

“Kami berharap dengan mewujudkan sistem rakaman mudah alih ini, setiap balai polis akan dapat mengumpul keterangan awal. Ini penting bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa kerana kami tidak mahu mereka lupa maklumat terperinci.

“Sistem ini akan membolehkan rakaman tepat masa dibuat…proses paling penting bagi mewujudkan keadilan dalam kes jenayah kerana tiada apa yang terusik,” katanya kepada pemberita selepas perasmian mahkamah khas bagi jenayah seksual terhadap kanak-kanak di sini hari ini.

Mahkamah khas itu, yang bertempat di Bangunan Annexe Istana Kehakiman di sini, dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azalina berkata pasukan petugas itu akan berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang sistem yang dicadangkan serta mengkaji pelaksanaan sistem serupa di negara lain.


Beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji kemungkinan membenarkan Jabatan Bantuan Guaman mengambil bahagian sebagai rakan perundangan untuk mangsa.

“Ini kerana, dalam sesetengah kes, bukan semua mangsa berkemampuan dari segi kewangan untuk melantik peguam sendiri. Di sinilah kerajaan perlu hadir untuk membantu sebagai rakan perundangan,” katanya.

– BERNAMA

Kategori